Lama ayien tak update pape , mesti kamu semua rindu ayien kan ? Betul tak ? Mengaku jelahh , hehehe . Rindu kamu semua jugak . Ok ape topik kita hari ini ye ? Huh ! Hari ini ayien nak kongsi cerita pasal mama ayien.
Mama ayien baru sahaja lepas operate (pembedahan) pada 27 /3/2013 baru-baru ini. Sekarang mama ayien tinggal di putrajaya untuk berehat kerana opah ayien offer diri untuk menjaga mama. Ayien pun telah tawarkan diri untuk menjaga mama, ayien tidak dapat hadir ke sekolah selama seminggu.
Selepas mama keluar daripada bilik pembedahan, muka mama pucat sangat. Bermula dari situlah ayien telah menitiskan air mata untuk mama. Ayien sedih sangat tengok keadaan mama. Muka mama tidak berdaya langsung, suara mama pun tidak didengari apabila bercakap. Tanpa disedari ayien telah menitiskan air mata dihadapan mama. Mama kuatkan diri untuk mengelap air mata ayien, sungguh ayien terharu apabila mama buat begitu.
Mama hanya mampu tidur selepas pembedahan, seharian itu ayien tidak tidur untuk menjaga mama. Ayien takut sangat kalau mama perlukan apa-apa. Hmm , apabila mama ingin ke tandas ayien kuatkan diri untuk mengangkat mama.
Sehinggalah sekarang, mama semakin baik . Alhamdulillah , mama sudah boleh keluar daripada hospital . Sekarang mama di putrajaya , ramai orang ambil berat pasal mama . Banyak sangat pantang larang mama. Mama tak boleh makan macam-macam. Hehehehe... Sekarang mama semakin baik , ayien bersyukur sangat dapat jaga mama .
-ini sahaja yang ayien mampu buat untuk mama , me love u MAMA
-terima kasih lahirkan akak didunia ini MAMA
-kamu semua yang ada ibu jagalah beliau dengan baik ye !!!